Friday, February 24, 2017

Usrah Mingguan


24/02/2017


Usrah mingguan merupakan program tradisi persatuan di bawah kelolaan Lajnah Dakwah dan Tarbiyah yang telah berlansung semenjak awal penubuhan persatuan. 

Ia merupakan platform bagi para pelajar untuk berkongsi ilmu, mempratikkan penggunaan kaedah bahasa arab di samping dapat mengasah "softskill". Para pembentang akan menerangkan isi kandungan yang ditaklifkan kepadanya dalam lingkungan masa tertentu dan diikuti dengan sesi soal jawab.


Buku-buku yang digunakan pada semester 2016/2017 sesi 2 adalah seperti yang berikut: 


1.Kitab At-Tauhid karya Syaikh Soleh Fauzan Al-Fauzan

2.Ma'alim fi Thariq Tholabil Ilm karya Syaikh Abdul Aziz as-Sadhan
3.Syamailun Nabiy karya Imam Tirmizi




***


Pembentang: Ustaz Hafizuddin
Buku: Syamailun Nabiy 


Pembentang membaca hadis pertama dari bab pertama yang berbunyi:

:حَدَّثَنَا أَبُو رَجَاءٍ قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ ، عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ ، عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ  ، أَنَّهُ سَمِعَهُ , يَقُولُ

 كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ,  لَيْسَ بِالطَّوِيلِ الْبَائِنِ ، وَلَا بِالْقَصِيرِ ، وَلَا بِالأَبْيَضِ الأَمْهَقِ ، وَلَا بِالآدَمِ ، وَلَا بِالْجَعْدِ الْقَطَطِ

وَلَا بِالسَّبْطِ ،  بَعَثَهُ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى رَأْسِ أَرْبَعِينَ سَنَةً ، فَأَقَامَ بِمَكَّةَ عَشْرَ سِنِينَ ، وَبِالْمَدِينَةِ عَشْرَ سِنِينَ ، وَتَوَفَّاهُ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى رَأْسِ 

                                                                                سِتِّينَ سَنَةً ، وَلَيْسَ فِي رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ عِشْرُونَ شَعْرَةً بَيْضَاءَ 


"Rasulullah  bukanlah orang yang berperawakan terlalu tinggi, namun tidak pula pendek. Kulitnya tidak putih bule juga tidak sawo matang. Rambutnya ikal, tidak terlalu keriting dan tidak pula lurus kaku. Beliau diangkat Allah (menjadi rasul) dalam usia empat puluh tahun. Beliau tingal di Mekkah (sebagai Rasul) sepuluh tahun dan di madinah sepuluh tahun. Beliau pulang ke Rahmatullah dalam usia permulaan enam puluh tahun. Pada kepala dan janggutnya tidak terdapat sampai dua puluh lembar rambut yang telah berwarna putih.

(Diriwayatkan oleh Abu Raja' Qutaibah bin Sa'id, dari Malik bin  Anas, dari Rabi'ah bin Abi `Abdurrahman yang bersumber dari Anas bin Malik r.a)


Pembentang lalu memberi penekanan tentang tempoh menetap Rasululullah  di mekah. Pendapat yang masyhur mengatakan tempoh menetap Rasulullah  di mekah adalah selama 13 tahun

Jadi bagaimana dengan hadis ini yang mengatakan Nabi ﷺ menetap di mekah hanya selama 10 tahun?

Ada beberapa pandangan ulama' berkaitan tempoh 10 tahun itu. 
Antaranya:

1.Tempoh Nabi  berdakwah secara terang-terangan.

2.Tempoh selepas turunnya ayat (...يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ...قُمْ فَأَنذِرْ )




***


Pembentang: Ustaz Irfan Ghani
Buku: Kitab At-Tauhid


Pembentang menghuraikan tajuk "Kemunculan bidaah dan asbabnya".

Masalah pertama berkaitan waktu munculnya bidaah iaitu pada pengakhiran zaman khulafa' ar-rasyiidun seperti Qadariyah, Murjiah, Syiah dan Khawarij. Manakala Jahmiyah pada pengakhiran zaman tabi'in.

Masalah kedua pula berkaitan tempat munculnya bidaah seperti:

 1.Kufah iaitu tempat munculnya Syiah dan Khawarij
 2.Basrah iaitu tempat munculnya Qadariah dan Mu'tazilah
 3.Khurasan iaitu tempat munculnya Jahmiyah



***

bersambung..

Allahu Taala A'alam

Disediakan oleh: Lajnah Multimedia dan Perhubungan


0 comments: