Wednesday, August 6, 2014

Prosedur Untuk Memohon Melanjutkan Pelajaran ke Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh..

Ramai yang bertanya mengenai prosedur untuk memohon melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud di Riyadh, Arab Saudi. Sebenarnya, prosedur untuk memohon ke Universiti Imam berlainan dengan prosedur untuk memohonke Universiti Islam Madinah.

berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Imam Muhammad ibn Saud, Riyadh, Arab Saudi:

  1.  Salinan Sijil SPM yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab (Sijil boleh diterjermah di ITBM atau mana-mana institusi yang berkaitan).
  2.  Salinan surat beranak yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab (Sijil boleh diterjermah di ITBM atau mana-mana institusi yang berkaitan). 
  3. Salinan passport antarabangsa.
  4. Paling kurang 2 surat sokongan (tazkiah) daripada mana-mana graduan Universiti di Arab Saudi, sebaik-baiknya alumni Universiti Islam Imam Muhammad ibn Saud. Lebik baik jika mendapat sokongan tambahan daripada mana-mana institusi Islam seperti WAMY, Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti dan lain-lain.
  5. Salinan surat kelakuan baik (Husnu Sirah Suluk) dari pihak sekolah atau mana-mana pertubuhan yang berkaitan dengan Kerajaan Arab Saudi yang membuktikan bahawa pemohon adalah seorang yang berkelakuan baik.
  6. 4 keping gambar berukuran passport.
  7. Salinan laporan pemeriksaan kesihatan (medical check up report) daripada mana-mana hospital/klinik.
  8. Surat sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Setelah selesai menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan di atas, pemohon boleh menghantar dokumen-dokumen tersebut kepada mana-mana pelajar yang sedang belajar di Universiti Islam Imam Muhammad ibn Saud untuk permohonan kemasukan ke Universiti ini. Setakat ini, permohonan secara online masih belum dipraktikkan di Universiti ini.

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan, boleh merujuk kepada Page Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh: https://www.facebook.com/PersatuanPelajarMalaysiaRiyadh?ref=stream


0 comments: