Monday, November 17, 2014

Keutamaan Hijab



HIJAB ITU ADALAH KETAATAN KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA SAW
.


Allah SWT telah mewajibkan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya berdasarkan firman Allah SWT:

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan , akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata" (Q.S. Al-Ahzab: 36)

Allah SWT juga memerintahkan kaum wanita untuk menggunakkan hijab, sebagaimana firman Allah SWT:

"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya" (Q.S An-Nur: 31)

Allah SWT berfirman:

"Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang–orang jahiliyah" (Q.S. Al-Ahzab: 33)

Allah SWT berfirman:
"Apabila kamu meminta suatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi) maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka" (Q.S. Al-Ahzab:53)

Allah SWT berfirman:
"Hai Nabi! Katankanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka" (Q.S. Al-Ahzab:53)


HIJAB ITU 'IFFAH (MENAHAN DIRI DARI MAKSIAT)

Allah SWT menjadikan kewajiban menggunakan hijab sebagai tanda 'iffah (menahan diri dari maksiat)

Allah SWT berfirman:

"Hai Nabi! Katankanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu." (Q.S. Al-Ahzab : 59)

Ini kerana tujuan mereka menutupi tubuh mereka adalah untuk menghindari dan menahan diri dari perbuatan jelek (dosa), "kerana itu mereka tidak diganggu” sebagai isyarat bahawa mengetahui keindahan tubuh wanita adalah suatu bentuk gangguan berupa fitnah dan kejahatan bagi mereka.


Hijab itu kesucian

Allah SWT berfirman:

"Apabila kamu meminta suatu (keperluan )kepada mereka (isteri-isteri Nabi) maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka."(Q.S. Al-Ahzab: 53)

Allah SWT menyifati hijab sebagai kesucian bagi hati orang-orang mukmin, baik lelaki ataupun perempuan. Ini kerana apabila mata tidak melihat, maka hati pun tidak bernafsu. Pada saat seperti ini, hati yang tidak melihat akan lebih suci. Ketiadaan fitnah pada saat itu lebih kelihatan kerana hijab itu menghancurkan keinginan orang2 yang ada penyakit dihatinya, Allah SWT berfirman: 

"Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya." (Q.S. Al-Ahzab :32)




HIJAB ITU IMAN

Allah SWT tidak berfirman kecuali kepada wanita-wanita beriman:
"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman." (Q.S. An-Nur: 31).  

Allah SWT juga berfirman:

"Dan isteri-isteri beriman." (Q.S Al-Ahzab:59)


Dan ketika wanita-wanita dari Bani Tamim menemui Ummul Mu'minin, Aisyah ra dengan pakaian tipis, beliau berkata:"Jika kalian wanita-wanita beriman, maka (ketahuilah) bahawa (pakaian) ini bukanlah pakaian wanita-wanita beriman, dan jika kalian bukan wanita beriman, maka silalah nikmati pakaian itu."


HIJAB ITU HAYYA'(RASA MALU)

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak islam itu adalah rasa malu." 
"Malu itu adalah sebahagian dari iman dan iman itu di syurga." 
"Malu dan iman itu bergandingan bersama, apabila salah satu daripadanya diangkat maka yang lain pun akan terangkat."


HIJAB ITU GHIRAH (PERASAAN CEMBURU)

Hijab itu selaras dengan perasaan cemburu yang merupakan fitrah seorang lelaki-lelaki yang sempurna yang tidak senang dengan pandangan-pandangan khianat yang tertuju kepada isteri dan anak wanitanya. Berapa banyak peperangan terjadi pada masa jahiliyah dan masa Islam akibat cemburu atas seorang wanita dan untuk menjaga kehormatannya. Ali bin Abi Thalib ra berkata: "Telah sampai kepadaku bahawa wanita-wanita kalian berdesak-desakkan dengan lelaki-lelaki kafir orang 'ajam (bukan arab) dipasar-pasar, tidakkah kalian merasa cemburu? Sesungguhnya tidak ada kebaikan pada seseorang yang tidak memiliki perasaan cemburu."



KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

Seorang muslim yang jujur akan menerima perintah Tuhannya dan segera menterjemahkannya dalam amal yang nyata, kerana cinta dan penghormatannya terhadap islam, bangga dengan syariat-Nya, mendengar dan taat kepada sunnah nabi-Nya dan tidak peduli dengan keadaan orang-orang sesat yang berpaling dari kenyataan yang sebenarnya, serta lalai akan tempat kembali yang ia nantikan.
Allah menafikan keimanan orang yang berpaling dari ketaatan kepada-Nya dan kepada rasul-Nya:

"Dan mereka berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan rasul, dan kami metaati (keduanya). Kemudian sebahagian dari mereka berpaling sesudah itu, sekali-kali mereka itu bukanlah orang-orang beriman. Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, agar rasul menghukum (mengadili) diantara mereka, tiba-tiba sebahagian dari mereka menolak untuk datang." (Q.S. An-Nur:47-48)
 
Firman Allah yang lain:

"Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan:"Kami mendengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan." 

Dari Shofiyah binti Syaibah berkata: "Ketika kami bersama Aisyah ra beliau berkata: "Saya teringat akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka. Aisyah berkata: "Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan dan demi Allah, saya tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab Allah dan lebih meyakini ayat-ayat-Nya melebihi wanita-wanita Anshor. Ketika turun kepada mereka ayat: "Dan hendakalah mereka menutup kain tudung kedadanya."(Q.S. An-Nur :31), maka para suami segera melindungi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak wanita, saudara wanita dan kaum kerabatnya. Dan tidak seorangpun diantara wanita itu kecuali segera berdiri mengambil kain tirai dan menutup kepala dan wajahnya, kerana percaya dan iman kepada apa yang diturunkan Allah dalam kitab-Nya. Sehingga mereka (berjalan) di belakang Rasulullah SAW dengan kain penutup kepala seakan-akan diatas kepalanya terdapat burung gagak".

0 comments: